There Something Interesting Here!!!

Saturday, November 19, 2011

Analisis Pemain KMFC

C.H.E.N.D.O.L 5016
A.N.A.L.I.S.I.S

Asalamuallaikum.. lama gua takupdate sejak gua humban lappy gua dari aras 23 menara condong teluk intan dulu. by the way for this new entry gua nak stoli moli sikit la pasal TheChampion Of I- league yakni The Cats atau KMFC.... 






Azizul @ Gjoi ( C )
Jersey: 18
Position: Center Defender
Memiliki susuk tubuh tegap ala Carlos Puyol dan gemar membuat tackle-tackle keras terhadap pemain pasukan lawan banyak memberi kekuatan pada barisan pertahanan KMFC. Seorang kapten pasukan yang matang dan berkaliber dalam mengawal setiap anak buahnya memberikan impak yang positif dalam pasukan. Pernah menyarung jersi institut dan khidmatnya amat ditagih kembali untuk memantapkan lagi kekuatan jentera pertahanan institut.



Taufik Ismail @ Topex
Jersey: 22
Position: Goal Keeper
Merupakan benteng terakhir pasukan. Ketangkasannya semasa mengawal pintu gol ala ‘apek dahlia teck” dari dibolosi tidak boleh disangkal lagi apabila beliau telah membuktikan bahawa dia merupakan yang terbaik antara yang terbaik dan telah membuktikannya semasa di dalam pasukan KMFC dan pasukan institute. Cuma melepaskan 5 Gol sepanjang musim liga berlangsung merupakan pencapaian terbaik untuknya dan pasukan.


Arif Azman
Jersey: 7
Position: Center Defender.
Memiliki ketingian dan susuk tubuh yang sesuai  untuk mengawal benteng pertahanan serta larian-larian deras banyak menghalang percubaan-percubaan berbahaya pasukan lawan. Mempunyai skill sepakan hasil dari bola mati merupakan salah satu kekuatan beliau selain mampu membuat overlap bagi membantu jentera serangan pasukan.

Hafiz Shabullah @ Dopeh
Jersey: 12
Position: Left Defender
Pemain kidal yang comel dengan susuk tubuh kecil seakan Gael Clichy bukannya halangan besarnya untuknya membantu benteng pertahanan pasukan. Memiliki kekuatan stamina yang tinggi dengan larian-larian deras banyak membantu membuka ruang kepada flanker pasukan untuk membuat percubaan.   



Fazreen Azmi @ Kapla Dongga
Jersey: 23
Position: independent.
Awang import dari Senegal. Pihak penganjur belum mempunyai data yang lengkap berkenaan dengan pemain ini. tetapi katanya ada pertalian dengan El- Hadji Diouf.  


Zuhdi
Jersey:8
Position: Defensive Midfielder
Bertubuh kecil seakan David Silva, mempunyai pemikiran kreatif untuk membuka ruang kepada jentera serangan pasukan merupakan kekuatan beliau serta keupayaannya dalam membantu pertahanan disaat genting. Kemampuannya semakin terserlah sejak akhir-akhir ini mungkin hasil dorongan motivasi luaran dan juga semangat berlawan yang tinggi membantu pasukan serta pasukan institut.


Zulhilmi Kamarulzaman @Zul Pom-pom
Jersey : 11
Position: Attacking Midfielder
Selain mempunyai raut wajah macho ala-ala Frank Lampard. Mempunyai kawalan bola yang mantap serta dribble-dribble yang menarik banyak membuka ruang kepada striker untuk membuat penyudah. Kemampuan beliau dalam mengemudi jentera tengah tidak boleh disangkal lagi apabila beliau dipilih untuk menyarung jersi institut. Berkupayaan untuk membuat jaringan dari kawasan tengah banyak mengundang impak kepada pasukan lawan.


Hazman Faris @ Jemey
Jersey: 14
Position: Winger
Merupakan salah seorang pemain yang baru dibeli oleh KMFC. Memiliki bakat semulajadi bermin bola merupakan azimat penting buat beliau dan pasukan. Memiliki gelecekan ala-ala lagenda brazil Ronaldinho manyak menggusarkan pertahanan pasukan lawan. Mempunyai hantaran-hantaran silang berbahaya serta berkeupayaan untuk menjaringkan gol amat ditagih pasukan untuk mengharungi cabaran musim hadapan.



Nazir @ Pak Lang
Jersey: 32
Position: Winger
Antara pemain yang semakin sihat. Seorang lagi pemain baru KMFC yang berjaya mencuri tumpuan. Memiliki sepakan-sepakan padu serta larian yang deras dari bahagian tepi banyak membantu jentera serangan. Keserasian David Beckham KMFC ini untuk menerima dan membuat hantaran dari midfielder ke bahagian striker amat diharapkan lagi oleh pasukan.


Mustaqim Khalid
Jersey: 27
Position: Striker
Raut wajah seakan lagenda Man. Utd, Rio Ferdinand dengan larian deras seakan A. Valencia memeningkan kepala benteng pertahanan pasukan lawan. Pertukaran posisi dari flanker ke striker banyak membawa impak positif kepada pasukan. Salah seorang pemain institut yang berkebolehan tinggi untuk menjaringkan gol. Kenangan manis beliau sewaktu membantu pasukan dalam menjuarai liga merupakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh beliau dan pasukan.



Jazli Jahari
Jersey: 10
Position: Striker
Zakuan Adha KMFC ini bukan sahaja memiliki raut wajah tampan, tetapi mempunyai “killer instinct” dalam menghidu setiap peluang yang terhidang. Kekuatan fitness serta gelecekan yang menarik menyukarkan kawalan benteng pertahanan lawan. Kemampuannya yang verstyle dalam pasukan institut dan KMFC sangat ditagih untuk megharungi cabaran yang lebih getir pada musim hadapan. Penjaring terbanyak bagi KMFC.
          

Buat penyokong kuat KMFC kami dari pihak pengurusan, pemain, fisioterapi, dan lain-lain mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. buat sponser kami iaitu Etihad thank you so much.season depan kami nak stadium boleh eh..


Insyaallah kalau diizinkan for the next entry gua akan show kat luolang antara design-design terbaru pasukan KMFC. sapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi pegawai pemasaran KMFC yang akan diumumkan kelak selain jadual pemindahan dan kemasukan pemain bagi KMFC. Nantikan yee..

Sekian, Asalamualaikum
Adiozz Adigozz...