There Something Interesting Here!!!

Saturday, December 15, 2012

Besonderes Geschenk zu ihrem

C.H.E.N.D.O.L 5022
E.P.Y B.E.D.A.Y

Asalamualaikum. Well aku memang rajin update blog ni ( 7 hari setahun) nak2 time free macam ni pulak kan. Btw entry for this today not tomorow just to wish for my cik makcik @ EhemEhem@ Katik @ B*by for her besday. (Tudiaa english bersepaii) Without wasting any more time (chewahh kelas kau nyah) i would like to present for the whole world  my----
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
# poyo
-
-
-
-
-
-




tadaaaa
Cik Makcik ( gambar ni nampak dia tinggi pulak)

Epy brthday to you for being there in my life, Sweet 12th years old my girl *erkkk. Thanks for being my alarm every morning even though i never wake up, Thanks for being my eyes because i'm nearsighted, Thanks for being the pompom gurl to give full support behind me, Thanks (berapa banyak thanks daaa) for being my discipline teacher coz without u i'll never go to the class, Thanks for being my writer coz i always fotocopy ur note, Thanks for being my designer coz ever assigment u make the divider for me n THANKS FOR EVERYTHING  'izzah nabilah abdullah.


"happy birthday dear Geburt. Hoffentlich den Erfolg und Glück überschüttet und erfolgreiche jenseits unserer Welt gegeben. Ich liebe dich von Herzen und hoffe, dass ihr mir gehört ein gültiger 1 Tag"

Oit jangan gatal-gatal nk google translate ye, Orang seperti dalam gambar diatas sahaja dibenarkan untuk mengogletranslate.

Adiooozz Adigozz...


      

Thursday, June 7, 2012

Demam Euro 2012 Poland & Ukraine




Kurang dari 24 jam sahaja lagi akan berlangsungnya upacara pertabalan pembukaan di Stadium Nasional, Warsaw, Poland pada jam 0430 waktu japang & pada detik itu juga pasukan terer Espanyol akan menyahkaudarisini barisan pemain2 vegetable team lain. Diundi bersama Ireland, Croatia, dan Italy pasti memberi hidayah bermakna buat kuda tua Robbie Keane n d geng, juga buat Luka terluka modric serta siambang hitam balotelli geli2 di dalam kumpulan B...
(Prediction: Spain je yg nampak layak)

"Sopan langkah perawan mengawan, Spain melangkah tiada tertawan"
HIDUP ESPANYOL!!


Dalam Group A memang dikatakan group paling Dull la kan.. Tuan empunya rumah Poland, Rusia, Republik Czech serta juara euro tahun 2008 Greece. Boring group nih.. so xpayah tengok pun xpa kot..

(Prediction : Republic Czech & Rusia layak)

Group C pula menampilkan tuan rumah bersama Ukraine, Sweden, England & France. Hemmm... quite tuff jugak group nih... tapi gua punya prediction mudah ja... France tengah perform sekarang nih dengan abam karim benzima pon tgh galak gelenyar sekarang nih. so france maybe layak ke pusingan kalah mati...
(Prediction: France & Sweden layak)

Group D memang shempoi habis.. Holland, Denmark, Germany, Portugal.. nampak benor yang bakal chow awal Denmark.. Gua predict Germany dengan Portugal layak even gua tau Holland lagi layak.. wat ever laa gua bukan minat Holland puiii....

(Prediction: Germany & Portugal layak)








"El Espanyol lo mejor ... Fernando torques mejor de la historia"

anyway beby dont't u cry tonight 
bola itu bulat xperlu digentel2 lagi yee...


adiozzz adigozzzz..
.

Tuesday, May 8, 2012

Bila daku Berpolitik...

Khas buat sahabat2 Sek. Men. Keb Agama Arau 04-08....   Cetusan ikhlas dari aku yang inginkan keamanan dan ukhuahfillah... Sejuta kemaafan kepada pihak2 berkuasa sekiranya penulisan ini diband dan dikenakan tindakan undang2... Hanyalah sekadar renungan bersama tidak lebih dari itu... peace..





(SILA BACA SAMPAI HABIS BARU KOMEN)

asalamualaikum... nama saya ahmad fazreen bin azmi brumur 21 tahun 4 hari..
terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada kalian jika pnulisan saya ini menyakitkan hati dan enyentuh sensitiviti mana2 pihak... demi Allah bukan itu tujuanku... Maha Suci Allah x trdetik hati ini untuk mnyebelahi mana2 pihak sama ada pihak pro-krjaan mahupun pihak pro-pembangkang..
Cuma tergerak rasa hati ini untuk mengajukan pertanyaan kepada sahabat2 yg sy yakin hampa lebih bijak dan pandai dlm bab2 politik ini.. Benar , jujur untuk saya katakan jika sudah layak mengundi saya akan undi calon PAS. Tapi tidak bermakna saya yakin pemimpin PAS mampu memikul tnggunjwb mentadbir negara sama seperti Kerajaan BN.. Benar mungkin dengan pemerintahan di bawah para ulama’ masalah rasuah, masalah sosial dan sebagainya dapat dikurangkan malah dengan izin Allah dapat dihindarkan masalah2 ini dengan adanya sistem perundangan Hudud.. 
Pertama, saya nk tau tujuan sebenar Bersih 2.0, 3.0, 4 S 3G dan sbagainya?? Adakah anda yakin bahawa SPR melakukan penyelewangan? Mana buktinya??? Adakah sebab pihak pembangkang tidak pernah menang pilihan raya merupakan bkti SPR makan rasuah Kerajaan BN?? Sapa tu ambiga?? Apa permintaan ambiga tu dlm IFC, adakah secocok dengan akidah dan pgangan agama Islam itu sendiri??
Mengapa perlu melakukan demonstrasi smpai ke madinah apa semua tu?? Adakah krjaan arab Saudi pon ada masalah dlm proses election time pilihan raya?? Segelintir hamba Allah yang hanya sujud kepada Allah mengganggap bahawa geng2 UMNO geng2 BN tu kapiaq?? Sapa sokong UMNO di masuk neraka sapa sokong PAS dia masuk syurga… ada pulak macam tu.. Shabat2ku yg saya sayangi lagi saya cintai hnya kerana Allah,… SIAPA KITA?? SIAPA KAMU??? Kamu wali Allah ke? sampai syurga, neraka seseorang pon boleh tahu?? Hebat sangatkah KAMU??? ( peringatan buat diri saya sendiri yg serba daif).. 

Masalahnya sekarang bila masing2 nk tunjuk hebat,.. yang satu pihak dengan perjuangan berlunaskan syiar islam secara total, satu pihak lagi dengan corak demokrasi berparlimen yang diilhamkan oleh orang2 kafir yakni org2 barat tanpa merujuk kepada hukum2 yg diperintahkan Allah. Jadi sekiranya politik dan agama dipisahkan, maka muncullah masalah2 bayi yang berbinkan dan berbintikan jamban, longkang, surau, pintu pagar, perdu pisang dan sebagainya.. Hebat!!!.. syabas pemimpin.. Maka bayi2 ini yang akan mewarisi bakat kepimpinan kerajaan sekarang suatu detik nanti.. Apa yang akan trjadi??
Kemudian muncul pula dgn Islam Hadhari yang luaranya cukup sempurna tapi tidak pada dalamnya yang akhirnya hilang dibawa angin beserta debu2 milik pak lah.. Maafkn sya jika penulisan saya ini keterlaluan.. Malaysia adalah negara Islam tapi dimanakah ISLAMNYA????? Jika mahu mengubah org lain, ubahlah diri kita sendiri.. Isu2 yg kecil dipandang mudah,,, aurat sendiri xterjaga inikan pula mahu membina empayar Islam berlandaskan Hukum2 Allah… Kemon laa….
Kerajaan memiliki banyak pengaruh baik dari media cetak mahupun media elektronik.. Begitu juga dengan Pembangkang. Tetapi adakah perlu untuk memutar belitkan dan menokok tambah berita yang diperolehi dan seterunya menyebrkan fitnah dan tohmahan kepada orang ramai.. sama saja Harakah ka Utusan k.. Terbaru yg menganggap Tuan Guru Nik Aziz sebagai kepala kafir… Apa semua ni.. Mengapa perlu memperjuangkan politik kotor semata-mata untuk memenangi hati rakyat? Sedangkan rakyat Malaysia bukanlah bodoh yaamat untuk mentafsir maklumat itu benar atau sebaliknya..

Saya pernah mengkaji dan menulis artikel mengenai pembentukan 1 Parti dalam masyarakat pluralistik di Malaysia.. Nampak mcm mudah j.. tp nk bentuk hanya satu parti dalam negara Malaysia ini memang tidak akan menjadi punyaa.. kena ada pro and con baru sesebuah negara tu x didominasi oleh pihak berkuasa sahaja.. Jadi kesimpulannya disini Berparti brparti jugak tapi jnganlah guna tektik kotor untuk memburukan satu sama lain. Kita ini sama ja.. Allah jadikan kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi sebab kita ada akal dan hati.. fikirkanlah para sahabatku sekalian.. Kita sujud pada Allah dan pada 1 kiblat yg sama xkra hang sokong PAS k UMNO k, Parti Bersatu Rakyat Sarawak k… Yg penting kita satu agama yakni ISLAM… Kita umat akhir zaman.. Entah esok entah lusa kita akan mati.. Beringat-ingatlah antara kamu kerana ajal pasti datang tepat pada waktu dan ketikanya.. Jadi marilah sahabatku walau pandai mana sekalipun kamu dalam menegakan fahaman kamu, kita sama saudara dan kita SAHABAT SELAMANYAAAA…… SEMEKAR 04-08…… =)

( rasanya xperlu la kot nk komen beserta dalil2 siap yee... 
ku hanya insan biasa yang bisa melakukan kesilapan
Wallahu'alam Asalamualaikum w.t.b ) Peace... =)

Friday, February 17, 2012

Miss itu Rindu..

C.H.E.N.D.O.L 5019
M.I.Z.Z. U  L.O.R



Bila tiada di depan mata baru kau tahu ertinya cinta.. 
bila lama tidak ketemu baru kau tahu ertinya rindu.. 
bila dia tiada lagi di sisi baru kau tahu ertinya setia.. 
bila dia pergi jauh meninggalkan kau, baru kau tahu mahalnya air mata..
bila dia telah tiada baru kau tahu ertinya pengorbanan.....

bila aku mau tidoq niihhh....




Ala baru 2 minggu x jumpa udah rinddu bangat sih...








my new kitty " tasha shila" 
kbye..
 

Sunday, February 5, 2012

C.H.E.N.D.O.L 5018
S.A.L.A.W.A.T

Jadilah perjuangan dan tauladan yang dimiliki oleh Rasullah s.a.w sebagai pedoman dan contoh terbaik buat panduan setiap umat manusia...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepadaku,

Jibril berkata : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."



Thursday, December 8, 2011

Sandaran Pada Kenangan

C.H.E.N.D.O.L. 5017
P.E.P.E.R.I.K.S.A.A.N. U.L.A.N.G.A.N

AMARAN:


(1) Dilarang meniru sewaktu peperiksaan dijalankan. 
(2) Sila Matikan Henpon atau mana-mana gadget yang boleh menggangu penumpuan calon-calon lain semasa peperiksaan dijalakan. 
(3) Jangan buka kertas soalan sebelum menerima arahan dari pengawas peperiksaan.
(4) Masa menjawab 24 jam.

Soalan Esei.


jawab 2 daripada 3 soalan yang berikut:

1. (a) Apakah nama tajuk lagu hasil duet antara jamal abdillah dengan siti sarah yang hot pada satu ketika   dahulu?                                                                                                                             ( 2 markah )
   
           (b) Bina persamaan kimia bagi lagu tersebut dengan pasukan power Manchester United dan huraikan?.
        ( 18 markah )


2. (a) Apakah team power yang tertera di atas?                                                                        ( 2 markah )
    (b) Nyatakan 3 kelebihan " team power" ini?                                                                        ( 18 markah)

3. Bina satu cerita pendek mengikut kronologi gambar-gambar berikut:
( 20 markah + 25 markah bonus jika cerita tersebut menarik) 
1
-
2
-
3
-
4

-
5

-
6
        







Skema jawapan:
1 (a) - of coz la sandaran pada kenangan.. auu i love jamal abdillah (2 markah)

   (b) - 2 Sandaran pada kenangan + 1 man. utd --> 3 history (bagi balance x balance tolak 3 point)     
        - mengikut sejarah lampau man. utd merupakan pasukan pawer dengan fan yang pawer. 
        - memenangi 2100 piala diulangi 2100 piala pada tahun-tahun lalu. cukup hebat.
        - pernah menewaskan pasukan bebudak tadika 8-2 di stadium old trapod.
        - dikalahkan oleh anak didik R. mancingni di rumah ayahndanya sendiri dengan 6-1.
        - dikalahkan di rumah datukndanya dengan cristal palace 2-1.
        -berjaya mengangkat kaki dari saringan champion league pada edisi 2011/2012.
        - bye-bye MANCHESTER UNITED.
        - mana-mana jawapan yang dianggap logik.   (18 markah)


2 (a) FC Basin/ FC Besen/ FC Basel (2 markah)
 
   (b) -pertama kali menjejak kaki ke pusingan kalah mati champien league.
        - mengalahkan menyu pasukan paling pawer..
        - tidak menggunakan bomoh mahupun dukun untuk memenangi perlawanan.
        - mana-mana jawapan yang dianggap logik.

3 (a) Pasukan Menyu merupakan pasukan terpawer satu ketika dahulu dengan memiliki penyokong yang mengganggap hanya dua pasukan sahaja di dunia ini iaitu pasukan Menyu dan Bukan Menyu serta memiliki menteliti bahawa kalau hampa nak julang piala tiap-tiap tahun sokong je manyu. Pada suatu hari seorang peminat Menyu yakni Amir berjalan-jalan di switzerland untuk menonton perlawanan terhebat sepanjang zaman Menyu vs F.C Basel. namun begitu nasib tidak menyebelahi pasukan Pawer Menyu apabila digeletek geng-geng basel yang nyata lagi pawer. Sedih Amir dibuatnya. Amir bengang lalu mengangkat kaki sama seperti menyu mengangkat kaki dari saringan champion league. Kesian. Jadi Amir menggunakan trademark    " I'am Sorry" gudbye Menyu ku sambil menyanyikan lagu sandaran pada kenangan nyanyian jamal abdillah dan siti sarah dalam loghat kelate...
( mana-mana cerita yang dianggap shempoi dengan kesalahan grammer yang sikit WAJIB memberi markah penuh) 




NT: SAYONARA SAYONARA SAMPAI BERJUMPA LAGI......
    

Saturday, November 19, 2011

Analisis Pemain KMFC

C.H.E.N.D.O.L 5016
A.N.A.L.I.S.I.S

Asalamuallaikum.. lama gua takupdate sejak gua humban lappy gua dari aras 23 menara condong teluk intan dulu. by the way for this new entry gua nak stoli moli sikit la pasal TheChampion Of I- league yakni The Cats atau KMFC.... 






Azizul @ Gjoi ( C )
Jersey: 18
Position: Center Defender
Memiliki susuk tubuh tegap ala Carlos Puyol dan gemar membuat tackle-tackle keras terhadap pemain pasukan lawan banyak memberi kekuatan pada barisan pertahanan KMFC. Seorang kapten pasukan yang matang dan berkaliber dalam mengawal setiap anak buahnya memberikan impak yang positif dalam pasukan. Pernah menyarung jersi institut dan khidmatnya amat ditagih kembali untuk memantapkan lagi kekuatan jentera pertahanan institut.



Taufik Ismail @ Topex
Jersey: 22
Position: Goal Keeper
Merupakan benteng terakhir pasukan. Ketangkasannya semasa mengawal pintu gol ala ‘apek dahlia teck” dari dibolosi tidak boleh disangkal lagi apabila beliau telah membuktikan bahawa dia merupakan yang terbaik antara yang terbaik dan telah membuktikannya semasa di dalam pasukan KMFC dan pasukan institute. Cuma melepaskan 5 Gol sepanjang musim liga berlangsung merupakan pencapaian terbaik untuknya dan pasukan.


Arif Azman
Jersey: 7
Position: Center Defender.
Memiliki ketingian dan susuk tubuh yang sesuai  untuk mengawal benteng pertahanan serta larian-larian deras banyak menghalang percubaan-percubaan berbahaya pasukan lawan. Mempunyai skill sepakan hasil dari bola mati merupakan salah satu kekuatan beliau selain mampu membuat overlap bagi membantu jentera serangan pasukan.

Hafiz Shabullah @ Dopeh
Jersey: 12
Position: Left Defender
Pemain kidal yang comel dengan susuk tubuh kecil seakan Gael Clichy bukannya halangan besarnya untuknya membantu benteng pertahanan pasukan. Memiliki kekuatan stamina yang tinggi dengan larian-larian deras banyak membantu membuka ruang kepada flanker pasukan untuk membuat percubaan.   



Fazreen Azmi @ Kapla Dongga
Jersey: 23
Position: independent.
Awang import dari Senegal. Pihak penganjur belum mempunyai data yang lengkap berkenaan dengan pemain ini. tetapi katanya ada pertalian dengan El- Hadji Diouf.  


Zuhdi
Jersey:8
Position: Defensive Midfielder
Bertubuh kecil seakan David Silva, mempunyai pemikiran kreatif untuk membuka ruang kepada jentera serangan pasukan merupakan kekuatan beliau serta keupayaannya dalam membantu pertahanan disaat genting. Kemampuannya semakin terserlah sejak akhir-akhir ini mungkin hasil dorongan motivasi luaran dan juga semangat berlawan yang tinggi membantu pasukan serta pasukan institut.


Zulhilmi Kamarulzaman @Zul Pom-pom
Jersey : 11
Position: Attacking Midfielder
Selain mempunyai raut wajah macho ala-ala Frank Lampard. Mempunyai kawalan bola yang mantap serta dribble-dribble yang menarik banyak membuka ruang kepada striker untuk membuat penyudah. Kemampuan beliau dalam mengemudi jentera tengah tidak boleh disangkal lagi apabila beliau dipilih untuk menyarung jersi institut. Berkupayaan untuk membuat jaringan dari kawasan tengah banyak mengundang impak kepada pasukan lawan.


Hazman Faris @ Jemey
Jersey: 14
Position: Winger
Merupakan salah seorang pemain yang baru dibeli oleh KMFC. Memiliki bakat semulajadi bermin bola merupakan azimat penting buat beliau dan pasukan. Memiliki gelecekan ala-ala lagenda brazil Ronaldinho manyak menggusarkan pertahanan pasukan lawan. Mempunyai hantaran-hantaran silang berbahaya serta berkeupayaan untuk menjaringkan gol amat ditagih pasukan untuk mengharungi cabaran musim hadapan.



Nazir @ Pak Lang
Jersey: 32
Position: Winger
Antara pemain yang semakin sihat. Seorang lagi pemain baru KMFC yang berjaya mencuri tumpuan. Memiliki sepakan-sepakan padu serta larian yang deras dari bahagian tepi banyak membantu jentera serangan. Keserasian David Beckham KMFC ini untuk menerima dan membuat hantaran dari midfielder ke bahagian striker amat diharapkan lagi oleh pasukan.


Mustaqim Khalid
Jersey: 27
Position: Striker
Raut wajah seakan lagenda Man. Utd, Rio Ferdinand dengan larian deras seakan A. Valencia memeningkan kepala benteng pertahanan pasukan lawan. Pertukaran posisi dari flanker ke striker banyak membawa impak positif kepada pasukan. Salah seorang pemain institut yang berkebolehan tinggi untuk menjaringkan gol. Kenangan manis beliau sewaktu membantu pasukan dalam menjuarai liga merupakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh beliau dan pasukan.



Jazli Jahari
Jersey: 10
Position: Striker
Zakuan Adha KMFC ini bukan sahaja memiliki raut wajah tampan, tetapi mempunyai “killer instinct” dalam menghidu setiap peluang yang terhidang. Kekuatan fitness serta gelecekan yang menarik menyukarkan kawalan benteng pertahanan lawan. Kemampuannya yang verstyle dalam pasukan institut dan KMFC sangat ditagih untuk megharungi cabaran yang lebih getir pada musim hadapan. Penjaring terbanyak bagi KMFC.
          

Buat penyokong kuat KMFC kami dari pihak pengurusan, pemain, fisioterapi, dan lain-lain mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. buat sponser kami iaitu Etihad thank you so much.season depan kami nak stadium boleh eh..


Insyaallah kalau diizinkan for the next entry gua akan show kat luolang antara design-design terbaru pasukan KMFC. sapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi pegawai pemasaran KMFC yang akan diumumkan kelak selain jadual pemindahan dan kemasukan pemain bagi KMFC. Nantikan yee..

Sekian, Asalamualaikum
Adiozz Adigozz...
    
      




Tuesday, September 27, 2011

Salam Aidilfitri Dari Blog Sembang Chendol.Com

C.H.E.N.D.O.L 5015
C.A.R.T.A R.A.Y.A


Asalamualaikum....
peace be upon u guys..
ok for this entry, gua sebenarnya nak cari sedikit kelainan daripada orang-orang lain. actually it just a little bit difference from usual. Gua sebenarnya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini dengan ingatan tulus setulus mulusnya. kira 00 ehh..


nak dijadikan cerita pasal raya lepas, ha meh cini pokcik nak kabo. First time doi gua xdapat duit raya. sebelum2 ni ok je. at least dalam 5-6 puloh hinggit.. tahun ni hampeh, penat gua puasa penuh tau.. tapi gua maafkan jangan wisau. sebab time2 cengini dapat jumpa adik beradik sepupu sepapat n geng2 sekolah yang wayar shoik tu. thankz guyz..

actually time2 raya memang xkan meriah tanpa gelak tawa & gelagat bebudak. betol x?? tp yang gua heran tu, raya tahun lepas kecik, masuk tahun ni semua dah besor2. apa ibu diorang bagi susu DNA transformer keapa... letih pun ada melayan kerenah  anak-anak buah aku ni. geram pun ada gak. tapi the best part is, gua dah anjurkan satu competition iaitu " Cute Baby Raya".

ok  xnak sembang chendol lama sangat, luorang layannnn je eh...

Tempat ke 9


tempat ke-8

tempat ke-7


tempat ke 6

tempat ke-5

tempat ke-4

tempat ke- 3


tempat ke 2






the champion of Baby Raya is
-
-
-
-
-
-
-
1st



anyway thanz 4 viewing my blog.. salam aidil fitry. harap dimaafkan dari hujung remos hingga hujung jari kaki ok..
peace...

















 

Friday, August 19, 2011

Panggilan Mysterious...



C.H.E.N.D.O.L 5014
S.E.R.I.U.S  T.I.P.U

Yesterday.. 
that time gua tengah qailullah.. tetiba ja ada sombody calling me.. uik what the animal was disturbing me?? how dare u.. berani betoi dia gangu time aku tengah berhibernasi. so gua jawab la call tu even otak still ngigau lagik..






AW   : yo bro! watsup..

GUA : watsup ABAH KAU!! xreti bagi salam ke ha??

AW   : Opss sori bro. gua ada something la nak slow talk ngan lu.. Urgent ni. Jom Berdiskusi jap.

GUA : Laa.. awat yang duk buat ramai ni..

Nak dengar sambungan cita ni x?? ok jom....  













 
On Call !!


Arsene Wenger : Bro lu kena tolong gua bro.. diorang kebas habis.. tinggai yang barai-barai ja kat aku ni..

Gua: Padia yang barai-barai ni bro.. gua x paham..

Arsene Wenger: Cengini citanya.. Set2 catalan tibai midfield gua Mat Geh ( Fabregas), City pulak tibai Che'E (Nasri) botak pala aku weh..

Gua: Laa tu ja ka??

Arsene Wenger: Gila habaq hang.. tobat lahom aku kena pecat nanti.. tolong aku bro..

Gua: Tu la orang suroh p sekolah dulu belajar lu ngorat awex.. tengok sapa susah.. now lu nak suruh gua buat pa?

Arsene Wenger: Aku buntu ni.. yang boleh diharap pun tinggal Persie, Rosicky, Wilshere, Sagna, Arshavin ja.. tu pun kalau merajuk lari pulak. kalau nak rembat pun, rembat la keeper gila gua tu Dik Ni ( Scezney ) x pun Pak Tam (Gervinho). mengarut betol, sia-sia ja aku beli.

Gua: Ooo.. macam tu. Bebudak academy xkan xda kot?

Arsene Wenger: Depa bbudak lagi.. kena gertak sikit terkencing dalam seluar la.. Sekarang ni, lua tolong main dengan arsenal boleh x? Ganti tempat midfield.

Gua:  Gua defender bukan midfield bro..

Arsene Wenger: Ala aku tau lu boleh.. Besok game dengan budak-budak Kenny Dalglish ni. Mamat gigi arnab Suarez tu bukan tak tau.. Lincah kemain.

Gua: Haish.. Gua aisemen banyak do.. BBM pun xsiap lagi. Minggu depan lecturer nak bendera pulak.. Gua x siap lagi ni.

Arsene Wenger: Ala boleh la.. kejap ja pun..

Gua: Xmau aku.. dulu xmau panggil. time susah2 baru nak cari.. Xpa la, nati gua try call Thierry Henry, Ljumberg, Pires, Reyes, Lehman, Viera balik.. aku try pujuk kot-kot diorang mau main balik ke dengan gunners kan.

Arsene Wenger: ok thankz bro.. Sayang lu..  Selamat Bersahur eh. Asalamualaikum..

Gua: oit.. gua kat cini berbuka pun belum lagi doi.. no hal la.. W'alaikumsalam W.B.T.....



Samir Nasri The Best Muslim Player ever..




Mana pun lu pergi.. gua tetap fan lu..













 


Saturday, July 16, 2011

masuk sudah angka 2..

C.H.E.N.D.O.L 5013
E.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y

1st time dalam sejarah hidup gua kat maktab ni, hari minggu yang sanggat membosankan even asigment and projek bertimbun macam sampah kat blok hostel ni.. Niwey bukan pasal sampah or asigment yang gua nak sembang chendolkan kali ini. 


Gua just nak wish epyy belated bufday 4 my classmate Zikrul a.k.a Abee, Syahir a.k.a Caer, Fahimah a.k.a Limah, and Adhwa a.k.a (not discovered yet). Epy ageing and sweet 20. thankz for the dinner. memang perghhh... sedap sangat.. peace...

 nice cake
 ehem3...
 muko cute hati legend


 sesi pemotongan kek
 brader chai
perggh.. Penang Gangster. Abe Katang our KK

Okay, thankz 4 viewing my blog. gua bnyak kejo nak buat.. karang tak siap makcik-makcik tu marah gua plak.. k asalamualaikum..adios adigoz..